nuffnang

Kata-kata Penguat Semangat Bg yang Krg Semangat!

Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

Nak jadi kawan kamek?

Friday, January 7, 2011

Breakfast Meal for today

Hurmm...ni jela yg termampu d makan..huhuhu....bkn apa..malas mok g kantin..heheh..(wlupn 10 langkah jak dr makmal)

Nak share ilmu ckit sal khasiat susu ni:

Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."

(Hadist riwayat Ibnu Majah)


Roti pulak atau lebih basic lagi makanan yg diperbuat drpd gandum:

Gandum digunakan sebagai bahan basas untuk pembuatan roti, cake, biskut, pastri, dan sereal sarapan. Selain kaya dengan karbohidrat dan protein, dalam setiap 100 gram gandum terkandung 3,1 mg zat besi dan 36 mg kalsium yang bermanfaat, antara lain dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner dan darah tinggi.

So,apapun yg kita mkn seharian xkira pagi tghri ptg,pastikan yg  mengandungi zat2 yg berkhasiat..

p/s Amalkan makanan yg berkhasiat! (^_^)v

2 comments:

  1. betul tu...
    tapi masalah timbul bila org yg bagi nasihat tu suka mkn jeruk dan belacan....hehehe....
    macam mana tu?
    heheh....

    ReplyDelete
  2. hahaha...tu la pasal...ckp org pandai,diri sendiri ntah apa2..hahaha..anak sapa lah tu ye...hehehe...

    ReplyDelete

KID