nuffnang

Kata-kata Penguat Semangat Bg yang Krg Semangat!

Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran

Nak jadi kawan kamek?

Wednesday, January 26, 2011

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


Apa Sudah Jadi Daa.....

Bukan main semangat lagi mo p kursus INTAN nih...hmmm..last2 terpaksa cancel suma gara-gara ter"peleot"kat koridor INTAN...waaa....wat to do..redha atas musibah yang menimpa..terpaksa buat kursus"tggu giliran kat Pusat perubatan UM(PPUM)"uhuk2x..

Moral of the story:
  • Hati-hati ketika berjalan,jgn main redah jak!
  • Attention to pusat INTENGAH,Please do the safety sign @ ur place.too many hazard lah!xpasal2 sy yg kena...and I dont want it happen twice!SAFETY FIRST!
  •  Kosongkan otak and ready for ur future...Dont let any personal/any problem disturb ur mind sampai korang terjatuh ka terhantuk kepala ka mcm aku ni..huhu...
  • and bear in mind that nothing can control ur mind than ur own unless u let it to do so.(betul ka x tok..?belasah jak!
Apapun,
Setiap yang berlaku ada hikmahnya....InsyaAllah....

HALIMUNAN ITU INDAH

"sejenak mengenali apa itu erti cinta dan dosa merampas cinta,maka minta ampunlah kepada yang berhak dan maha duniawi" -Doa untuk kekasih@husband@firstlove-


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..
Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah ...
sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Thursday, January 20, 2011

Penglipur Lara Di kala Duka...

 Nama asal Orkid,nma glamor pulak Kid.nama mcm betina tp hakikatnya jantan.huhu.. yang tak banyak karenah..,manja,tau jak kalo dhulur tgn,nk duduk trus...suka mkn kacang peanut??errr..kacang tanah..kcg2 yg lain jd option no 2!hehe...
 Yg ni plak,c Jessica,nama glamor Jes.hihi...tgk gmbr nmpak cam pemalas,tp jes tok la yg pling aktif,garang,xfrendly lsg,kedekut,ntah pa gik la..sombong satu kemestian sbb jes rasa muka dia kiut,santek konon..huhu..slalu jual mahal ngn kid.padahal kid bkn nak sgt pun..hahah..siap bulak!tapi even macam 2 jes ni pembersih,pandai kemas2 umah(kandangnya lah).dan sikap sombong 2 baik utk Jes or mana2 pmpuan kat luar sana,,jgn mudah tunduk pada pujukan dan rayuan si jantan atau pun lelaki..kan Jes.heheh..
Haa...ni anak2 buah/fruitchild kamek..huhu..1/3 dr nya lahh..yg lain kat kuch and sorg gik ya dah bujang lah konon jadi malu2 la nak bgambar..kontrol macho..ceh!jd yg 3 org tok la jd pghibur kt ctok..kalo bgambar no1,amirah(kiri)kalo bgambar jak kluar la jari peace senget kat mata..tp kali tok jari ya trturun kebwh plak.huuuhu..irfan gik(tengah)macho2 nakal,tp kalo bab2 cengeng dialah juara!huhu..macho ntah pa2.hahah..yg kecik kemetot iman(kanan)tok,manja2,tp eksen xtunjuk,skali dah tunjuk,kita pun jd eran,tetiba ddk dsebelah usunya tgk hamster,,huhuu..kalo bgambr,baru dekat2.hakhak...

2 la antara penglipur2 lara d kala duka,so then dalam sedih2,sakit2,jgn lupa yg disekeliling kita ada penawarnya...!(^_^)v peace no war!

Wednesday, January 19, 2011

Opsyen ka Paksa Rela??

Salam cume..

Hairan la dgn segelintir org2 nih..dah cakap taknak,kena paksa jugak.Its just an option so, all the result or decision is in my hand!Suka suki mak bapak nya jak mok paksa2.

Apapun terima kasih la atas kesungguhan anda2 menghasut tadi..Hasutan dan kata2 makcik2 sekalian amatlah tidak ku hargai..huhuhu...

Just want to say,i have my own point of view,way of life..only the brilliant idea and support are acceptable k!hehe..

Nasib badan...

Tuesday, January 18, 2011

L.U.A.H.A.N K.O.S.O.N.G.K.U

Aku Ingin menjadi 
yang Terbaik Buatmu 
bukan yang Tercantik bagimu.
p/s:cantik ker???huhuhu....

Monday, January 17, 2011

Bimbang

Pertama kali aku tergugat
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam telah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah
Namun bagiku ini begitu menyeksakan
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Pejamkan mata bila kuingin bernafas lega
Dalam anganku aku berada disatu persimpangan jalan yang sulit kupilih

Ku peluk semua indah hidupku
Hikmah yang ku rasa sangat tulus
Ada dan tiada cinta bagiku tak mengapa namun ada yang hilang separuh
diriku

Thursday, January 13, 2011

SKT oh SKT...

Hurmm...sekarang ni sibuk urus SKT utk tahun 2011.Kursus sana sini semata2 nak penuhi kehendak SKT ni..Apapun fza dah ready utk suma tu..dah prepared for the next and next courses.hehehe...after bln 5,ilek dah.leh fokus sal bnda lain..fokus nak kawen ka..hahaha..

Wednesday, January 12, 2011

Secret To Success!

Salam cume...
Ni fza nak share satu article on how to create yourself to be a successful person.actually,article ni d amik dr greenboc club. after i read this article,its should be shared to the others kan2...xboleh lokek ilmu tau!hurm..apaun,enjoy ur reading,renung2kan dan selamat beramal!
~

Anda orang biasa saja? Bukan artis? Bukan ahli perniagaan? Bukan ilmuwan? Bukan orang terkenal? Jangan khuatir, di sini ada tips untuk anda. Tips yang akan membuat anda menarik, menjadi peribadi penuh pesona.

Inilah rahsia-rahsia memiliki peribadi yang boleh mengubah kehidupan anda. Genggam bara api biar sampai jadi arang. Alang-alang mandi biar basah, alang-alang berdakwat biar hitam, alang-alang berjuang biar sampai menang cemerlang!

Selamat mengikuti!

1. Berubahlah dengan waktu dan tempat!
Jangan selalu menuruti perasaan negatif, seperti: merasa bosan, lelah, jenuh, tersiksa dengan tempat atau masa lalu. Tersenyumlah, dan dunia akan tersenyum bersama anda! Menangislah, dan anda akan menangis sendirian! Mutiara kata ini mengisyaratkan agar kita selalu berbahagia dimana pun kita berada dan kapan pun. Jika kita merasa sebagai orang yang paling sedih atau menderita di dunia ini, yakinlah bahawa masih banyak orang lain yang lebih menderita daripada kita.

2. Carilah kenalan, teman, sahabat, berinteraksi sebanyak-banyaknya!
Sering-seringlah merantau, menjelajahi dunia. Semakin sering anda bertemu dan berinteraksi dengan banyak orang, maka keperibadian anda akan semakin matang tanpa anda sadari.

3. Cintailah orang lain seperti mencintai diri sendiri.
Dengan cinta, hidup menjadi indah, persahabatan menjadi kekal, dan silaturahim tetap terbina. Tentunya cinta yang diberikan secara tulus tanpa balasan, tanpa mengharap balasan kecuali dari Allah semata.

4. Hargailah dan nikmatilah alam.
Dengan menghargai alam, jiwa menjadi tenang. Dengan menikmati alam hati menjadi senang. Temukanlah rahsia sesuatu itu tampak menarik, misalnya: bunga yang mekar, matahari yang bersinar, sawah yang terdampar.

5. Hargailah orang lain.
Misalnya dengan cara membuatnya bahagia, tersenyum, tertawa, memberi pujian yang tulus. Membahagiakan orang lain akan membuatnya membahagiakan kita di saat yang tak terduga, percayalah!

6. Jaga tingkah laku.
Banyaklah mendengarkan dan berfikir daripada berbicara, kecuali bila waktunya untuk berbicara. Dengan menjaga lisan dan perbuatan kita, bererti setengah pertempuran hidup telah kita menangkan.

7. Jangan keanak-anakan.
Sikap dewasa menunjukkan keperibadian yang kuat dan mempesona. Betapa banyak orang tua yang bahkan belum dewasa! Salah satu tanda kedewasaan seseorang antara lain adalah dari sikap, tutur kata, dan caranya di dalam mengambil keputusan secara arif dan bijaksana.

8. Merendah diri tapi jangan terlalu merendah diri. 
Sudah seharusnyalah kita menerima dan memperbaiki kekurangan kita tanpa pernah merasa mrendah diri atau kecil di depan orang lain. Percayalah, tidak seorang manusia pun yang sempurna di muka bumi ini!

9. Jangan sombong.
Ketahuilah bahwa selalu ada yang lebih daripada kita. Kesombongan menandakan kekosongan.

10. Kembangkan minat pada berbagai hal.
Jangan membatasi diri anda, perluaskan bakat, minat, kemampuan, pengetahuan, dan keahlian anda. Memiliki satu keahlian atau spesialisasi akan terasa lebih baik dan sempurna jika ditunjang dengan keahlian dalam bidang yang lainnya, sehingga anda akan semakin "bersinar" dan penuh pesona.

11. Selalu baik pada orang lain.
Jangan pernah merasa dendam sekalipun kepada orang lain, bahkan kepada mereka yang pernah menyakiti kita. Cintailah yang di bumi, niscaya yang di langit akan mencintaimu.

12. Selalu belajar.
Semakin sering anda belajar, maka semakin banyak yang anda ketahui. Ilmu ini dapat menjadi dahan amal bagi anda, sehingga anda merasakan nikmatnya berbagi dan indahnya ilmu.

13. Selalu mengikuti informasi dan perkembangan terkini tentang apapun. 
Dengan banyak mengetahui hal yang paling baru, maka anda akan tampil semakin percaya diri dan penuh pesona. Semakin banyak hal baru yang anda tahu, maka akan semakin banyak pula yang mencari dan mengejar anda...yakinlah!

14. Selalu tegap, siap, dan sedia.
Posisi atau postur tubuh anda di dalam berkomunikasi dengan orang lain akan mengungkapkan siapa diri anda yang sebenarnya. Oleh kerananya, milikilah perancangan, target, dan strategi (persiapan) yang matang dan semangat yang tak pernah pudar!

15. Selalu tersenyum pada orang lain.
Orang akan lebih senang melihat wajah yang dihiasi senyuman daripada wajah yang selalu disertai ratapan atau keluhan.

16. Senang bekerja sama dengan orang lain.
Inilah yang membuat jaringan (network) kita semakin luas, erat, dan kuat.

17. Senang menolong orang lain.
Dengan gemar menolong orang lain, maka pada hakikatnya kita menolong diri kita sendiri. Semakin banyak orang yang kita tolong, maka akan semakin sering pula kita ditolong oleh Allah dengan cara-Nya yang tak terduga.

18. Terimalah "ketentuan" apa adanya.
Tetaplah tenang dan tabah, ingatlah bahwa "badai pasti berlalu" dan "roda itu berputar". Jangan suka mengeluh, menggerutu, atau bahkan mencaci-maki nasib. Jangan sampai berkata atau menganggap bahwa Allah itu tidak adil! Justeru di sinilah letak keadilan-Nya.

Dengan merenungi dan menerapkan semua hal di atas, maka menjadi peribadi penuh pesona saat ini bukanlah sesuatu hal yang mustahil bagi diri anda. Jika masih belum percaya, cubalah dengan bermula hari ini!

Tuesday, January 11, 2011

Get Ready For The War!

Salam cume...

Xlama kagi nak g kursus INTAN..hurmm...ready ke tidak nih...apapun nak buat persiapan ckit/buat research ckit sal kursus yg bakal dhadiri pada 24/01/2011-27/01/2011 (4hari)nih.

Ni sedikit intro yg fza jumpa dlam tenet.


KURSUS KECEMERLANGAN DIRI

Objektif kursus:

Selepas menghadiri program latihan ini, para peserta akan dapat:
memahami konsep pengurusan dan kepimpinan diri;
menghayati nilai murni semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab; dan
meningkatkan kemahiran untuk menangani cabaran yang tidak menentu.

Kandungan kursus

  • Motivasi dan Potensi Diri
  • Pengurusan Diri
  • Kecemerlangan Diri
  • Keterampilan dan Keperibadian Unggul 
  • Analisis Keperluan Perubahan ke Arah Kecemerlangan
  • Kepimpinan Berkesan
  • Nilai dan Etika Penjawat Awam
  • Pengurusan Sumber Manusia

Metodologi

  • Syarahan
  • Perbincangan
  • Main Peranan
  • Amali

Tempoh
4 hari

Kumpulan Sasaran
Pegawai Gred 1 – 36 yang berkhidmat di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
dan Pihak Berkuasa Tempatan.



Arini fza dah bjaya menge"post" sebanyak 11 post dlm bulan bulan ni..hehehe..its a good start actually.
Apapun,akan ku teruskan juga sebanyak yang mungkin!chaiyok2!!!

Monday, January 10, 2011

Ketulusan Hati~~

Sedihku sakitku ku terima
Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicuba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah redhai ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Sunday, January 9, 2011

Saturday, January 8, 2011

B'cuz of You...

Salam cume..

Tadi tgk cita Bcuz of you..channel astro citra..best oo..tringat zaman sekolah..sampai calar cd cita tu...ahaha..

paling minat dgn this song!

ni liriknya.jom nyanyi sama2!

Where ever you've wondered
If you touch my soul
I see clearly

Sometimes clearly I'm not the same
You bring life to everything I do

Just the way that you say hello
With one touch I can't let go

Never thought I'd fall in love with you

[CHORUS]
Because of you
My life has changed
Thank you for the love and the joy you bring

Because of you
I feel no shame
I'll tell the world
It's because of you

Sometimes I get lonely
And all I gotta do is think of you
You captured something inside of me
You make all of my dreams come true
It's not enough that you love me for me
You reached inside and touched me internally

I love you
And it explains how you feel

[CHORUS]

Magically your eyes
True love I can't deny
You hold me
I just lose control

I walk into your road
That I'm never letting go
You mean so much to me
I want the world to see
It's because of you

[CHORUS]

~enjoy it!

Kemalasan tol!

Morning cume....

Hmm..sabtu dah ooo...hari kemalasan tiba..huuhu..
Kemalasan nak bgn pagi..
Kemalasan nak angkat kaki(erk..ada juak)

 

Kemalasan nak mandi..huhu..
Kemalasan nak KEMAS BILIK!!

dan mcm2 lagi kemalasan yg melanda...adoiiii...

Apapun,hidup mesti enjoy,happy selalu..and plizzz no EMO2!!!!hehe..

Friday, January 7, 2011

Breakfast Meal for today

Hurmm...ni jela yg termampu d makan..huhuhu....bkn apa..malas mok g kantin..heheh..(wlupn 10 langkah jak dr makmal)

Nak share ilmu ckit sal khasiat susu ni:

Rasulullah s.a.w meminum susu,malahan baginda memujinya kerana susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan lainnya.

Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:

"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,
'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."

(Hadist riwayat Ibnu Majah)


Roti pulak atau lebih basic lagi makanan yg diperbuat drpd gandum:

Gandum digunakan sebagai bahan basas untuk pembuatan roti, cake, biskut, pastri, dan sereal sarapan. Selain kaya dengan karbohidrat dan protein, dalam setiap 100 gram gandum terkandung 3,1 mg zat besi dan 36 mg kalsium yang bermanfaat, antara lain dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner dan darah tinggi.

So,apapun yg kita mkn seharian xkira pagi tghri ptg,pastikan yg  mengandungi zat2 yg berkhasiat..

p/s Amalkan makanan yg berkhasiat! (^_^)v

Sweet and Sour Oh Masam Manis Part 2.

Salam sume...

Petang kmarin pas balik keja singgah la Sogo @ lebih dkenal dgn everyday-sale-hypermarket kot..huhu..sbb setiap hari sale..nak tau lebih lanjut,g la dikpun..hehe..

Ok2..sambung cita..singgah Sogo g carik ikan dan bahan2 nak buat sweet and sour fish lah tek..pusing2..xjumpa ikan yg berkenan..mahal gik ya..adaka patut ikan kembong 3 ekor rm5!!logik x??hish..last2.....beli jak la Marina fish naget..hahah..jadik la..janji ikan..

sampai umah ingatkan nak mandi bru nk masak.Air pulak xda...hish..macam kat tabuan juak..terbantut nak g mandi,g masak jak.hehe...sweet n sour fish+sweet and not too sour chef(yg belum mandi)hahaha..sedap tuuuu....

tgh siap2 kan bahan2..tringat ade smthing yg terlupa...oppsss!!nenas!aiyakkk!!!xpelah..mkn utk diri sendiri n akak sefamili je..bkn nak hidang utk majlis @ fmili mentua pon..tetttttt....

dah siap!!!and hasil nya....

hihih..boleh la....sedap la jgk..sweet la jgk..sour tu yg terlebih sbb tetttt.....hahah..

haa..ni pandangan sisi plak..cheewah!!nampak sgt naget ikan..huhuhu..btw,cedapp gak la..kakak siap bgtau "setahun sekali baru dpt merasa"hehe....

ok lah..takat ni je la yg dpt dtrangkn..hehe..kalo sape2 nk order,g order kt kedai mkn 2 ye...sbb sye xjual..hehe..

Thursday, January 6, 2011

Sweet Sour Oh Masam Manis.....Part 1.

2-3 hari ni fza balik2 ingat sal ikan masak sweet sour..adoii....bak kata hati sendiri,kalo dah tringat sampai byk kali..mgidam lah tu..hahah..bkn mengidam sebab pregnant ye..tp mgidam sbb sendirik mmg nak makan!hahah..kalo nak buat sila rujuk/baca resepi kat bwh..fhm2 sendiri lh ye....

Ikan Bawal Sweet Sour

seekor ikan bawal/ikan kembong pun boleh juak..belasah je...huhu
bawang besar 1 biji
bawang putih 2 biji
halia
tomato 
asam jawa paste 2 senang
cili merah
cili hijau
sos cili
sod tiram
daun bawang
garam
kunyit untuk menggoreng
minyak
sedikit air
 kalo nak sedap letak nenas kiub,timun potong kiub

nak buat nya mcm nih....
gorengkan ikan sehingga garing
panaskan minyak,tumiskan bawang putih,bawang besar,halia,cili merah dan cili hijau sehingga gareng
masukkan asam jawa ikut suka hati korg..hehe..
kemudian tuangkan sedikit sos cili,sos tomato dan sos tiram.kemudian
masukkan sedikit air.tunggu sehinnga mendidih masukkan tomato
  

pastu tuang kat ats ikan yg telah dgoreng tadi...

nyum2...nak buat lah malam nih..hehe...

Suke Sgt!

Assalamualaikum to cume...Tahun 2011 menjelang dah..babai to 2010,but fza nak amik kesempatan nak ucap trima kasih bebanyak kepada suma famili dan kekwn yg meng"wish" utk birthday fza yg baru jak lepas(21/12/1986) I Love You All!!!chewah..sa artis jak..hahah..


BTW,ni present yg fza dpt time birthday thun lepas..hikhikbest sgt2! 


Opps!bukan yang ni lah..Actually,ni antara option yg terpksa fza pilih antara bear ni ngn yg satu lagi..jeng jeng jeng.....berat jgk hati nak memilih sbb mmg suka gilak ngn this cute bear..but i have DECIDED!!to choose....




Tadaaaaa!!!!!!!fza pilih Hello Kitty punye cadar..Fuh cantek ooooooo....dan its very comfortable!rasa xmok bgun jak dr tido..haha...actually this is my first time bercomforter..hahaha..dh tuo bok meraso....huhu...but it very2 nice!

Thanks awk!Credit to Hisham KB!(^_^)

Selami Hati Wanita.....

 Nak share kat sini cam mana nak tahu isihati atau lebih dikenali ayat2 atau maksud tersirat wanita dari segi perwatakan atau perbuatan nya...hehe..saja mok share2..baca aaa...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan  tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25.Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Mana2 yang rasanya betul atau perlu di buat,silakan..So,to someone yang nak memujuk awek@wife,you may think start from now k!!

Assalamualaikum saudara-saudara dan sahabat handai....

Hari ini,buat pertama kalinya fza mengambil langkah yg betul2 serius utk menjadi blogger!huhu..sbb sebelum ni,byk buat blog,tp xupdate..bukan apa,mmg "buta" pasal pgetahuan blog2 nih..heheh..[bkn main x-student IT,tp xreti nak buat blog.].hahah..

But start from today until the end of my life..chewahh! fza akn berusaha memantapkan blog fza yg xberapa nak elok nih...belom elok la maksud fza..

So,kalo ada apa2 idea yg bernas(yg xbernas akn dpertimbangkan jugak),atau application2@gadget2 yg sesuai utk fza letak kt blog fza ni,gtau ye...ahaks!thanks to All..

KID